Beberapa kesalahan tentang meraka yang mengisbatkan Allah itu tidak bertempat dan ada dimana mana
1) Akidah ini adalah sangat bertentangan dengan Nas-nas al-Quran dan Sunnah yang sahih. Telah dibentangkan banyak dalil-dalil yang mengisbatkan bahawa Allah berada di atas dan bersemayam di ArayshNYA. Tidak ada satu nas pun yang menyatakan bahawa Allah itu tidak diluar alam dan tidak didalam alam. Hukum asal ialah mengambil nas-nas yang sedia ada, adapun mendahulukan akal sendiri bukanlah manhaj Ahli Sunnah Wal Jama'ah.
2) Akidah ini bersalahan dengan akidah sekalian para Anbiya dan Rasul serta para Sahabat, Tabi'in dan imam-imam sunnah yang terkenal. Ulama telah ijma' dalam masalah ini, iaitu Allah berada di atas,
Imam al-auzaie (Wafat 157 H) telah menyatakan Ijma' imam-imam islam dikalangan Sahabat dan juga Tabi'in bahawa Allah berada di atas Arasyh, beliau berkata; "kami-para Tabi'in yang ramai menyatakan sesungguhnya Allah menyebutkan tentang dirinya berada di atas Arasyh dan kami beriman dengan yang terkandung dalam as-Sunnah tentang sifat-sifat Allah Jalla wa Ala". Lihat al-Lalakaie dalam kitab syarah Usul I'tiqad ahli Sunnah. Imam bukhari juga menyebutkan secara Muallaq dalam kitabnya (Khalqi Af3al al-Ibad). Yang mengingkari sifat-sifat ini hanyalah ahli falsafah dan Jahmiyyah lalu memcipta teori berlandaskan pemikiran mereka yang amat cetek
3) Kata-kata ulama yang terkenal sudah dipaparkan. Imam Abu Hanifah berkata; "Sesiapa yang berkata saya tidak tahu Allah di langit atau di bumi maka dia telah kafir. Demikian juga mereka yang berkata; "Sesungguhnya Allah berada di Araysh tapi aku tidak tahu adakah Arasyh ini dilangit atau dibumi". Rujuk al-Feqhul Absot riwayat Abi Muthi' al-Balkhi dengan tahqiq al-Khauthari m/s 49-52.
4) Kata-kata ini membawa makna bahawa Allah itu sebenarnya tidak wujud! Kerana apa? Kerana Allah tidak ada di alam dan tidak juga diluar alam. Maka dimanakah Allah menurut fahaman ini? Ada tetapi tidak ada? Ajaib!
5) Pegangan ini secara automatic menafikan 2 perkara yang saling bertentangan (Naqidhain), positif dan negetif, menafikan baik dan buruk dan yang seumpanyanya. ini adalah bathil menurut akal yang waras! menafikan wujudnya Allah di bumi (ini adalah benar) dan menafikan Allah di luar bumi (ini adalah bertentangan dengan Nas! Maka menjadi kewajipan kepada mereka akhirnya utk menyatakan bahawa Allah itu di Atas langit seperti dinyatakan dalam Nas-nas yang banyak.
6) Pegangan ini amatlah bertentangan dengan akal yang soheh. "Allah itu ada tapi tidak tahu dimana? Bukankah ini menjadi ejekan orang-orang kafir bahawa orang islam ini menyembah sesuatu yang tidak wujud! Jika ditanya orang cina @ india bukan islam yang masih suci fitrahnya, dimana Allah? Dia akan menjawab; "Tuhan Ala (Allah) ada atas ma".
7) Imam Zahabi menyebut; "kata-kata Salaf dan imam-imam Sunnah bahkan sahabat-sahabt Nabi seperti yang disebutkan Allah dan rasulNYA; "Sesungguhnya Allah berada di atas langit-langitnya..,kata-kata Jahmiyyah yang pertama ialah Allah berada di merata-rata tempat, dan kata-kata ahli kalam yang terkemudian dikalangan Muktazilah, Mathurdiyyah dan Asyaierah menyatakan; "Allah itu bukan di langit dan bukan di atas arasyhnya, tidak juga di atas langit-langitNYA, tidak didalam bumi dan tidak diluar bumi dan tidak juga tinggi di atas makhluk-makhluknya" (al-Uluw karangan imam az-zahabi 107 dan 195). .
8) Imam Abul Hasan al-Asya'ri berkata; "Muktazilah telah bercanggah pendapat dalam masalah ini (Dimanakah Allah). Sebahagian mereka berkata; Allah berada di mana-mana bermaksud mentadbir disetiap tempat. Pendapat ini dipegang oleh Jumhur Muktazilah, Abu Huzail, al-Ja’farani, al-Iskafi dan Muhammad bin Abdul Wahab al-Jubbaie. Sebahagian yang lain pula berkata (Allah tidak bertempat). Pendapat ini ialah pendapat Hisyam al-Fuwathi, Abbad bin Sulaiman, Abi Zufar dan yang lainnya dikalangan Muktazilah. Muktazilah berpendapat perkataan Istiwa’ di dalam Firman Allah surah Toha ayat 5 yang bermaksud Al-Rahman beristiwa’ di atas Arasy ialah bermaksud Istaula iaitu menguasai. (Maqalat Islamiyyin karangan imam Abul hasan al-Asya'ri jilid 1 m/s 236.)
0 comments:
Post a Comment