perubahan hukum

Kata Mahmasani di dalam Falsafah al-Tasyri' Fil Islam: "Oleh
kerana kepentingan mutlak yang menjadi dasar dari segala hukum,
sebagaimana telah kami jelaskan sebelumnya, maka hukum mestilah
berubah sesuai dengan perubahan zaman dan perubahan lingkungan
masyarakat, Benarlah Ibnu al-Qaiyyim ketika dia mengatakan bahawa
fatwa berubah dan berbeza sesuai dengan perubahan zaman, tempat,
situasi, niat dan adat kebiasaan."

Rasulullah s.a.w. telah mengisyaratkan bahawa mujtahid yang
berijtihad, jika betul, dia akan memperoleh dua pahala. Jika
salah, dia akan memperoleh satu pahala (HR Bukhari & Muslim).

0 comments:

Post a Comment