Ajaran tariqat itu adalah berasal dari agama Islam sendiri. Kerana sebagaimana kita ketahui bahawa rukun agama itu ada tiga, yaitu:
- Islam, yang amalannya berupa syariat dalam erti sempit yang dipergunakan untuk membimbing tingkah laku zahir manusia menyembah kepada Allah, agar tingkah laku manusia itu menjadi baik, dengan jalan bertaubat, bertaqwa dan beristiqamah.
- Iman, yang amalanya berupa tariqat yang dipergunakan untuk membimbing hati manusia dan memperbaikinya dalam usaha menuju kepada keredhaan Allah, dengan jalan ikhlas, jujur dan tuma’ninah.
- Ihsan, yang amalanya berupa haqiqat (hakikat) yang dipergunakan untuk membimbing hati nurani manusia dan memperbaikinya dalam usaha untuk menyaksikan keagungan Allah, dengan jalan muraqabah, musyahadah dan ma’rifat.
Jadi amalan iman yang dalam Kitab Iqadhul Himam syarah dari Kitab Al Hikam disebut tariqat seperti: menyesali dosa yang telah dilakukan, khauf dan raja’, zuhud dan sabar, syukur, ikhlas dan jujur, tawakkal, cinta kepada Allah, rela terhadap qada’, dan mengingat mati dan hakikatnya, adalah pekerjaan-pekerjaan yang wajib dilakukan oleh hati setiap muslim, dan kesemua amal tersebut adalah berdasarkan Al-quran dan Al-hadits.
Sedangkan tariqat sebagai amalan ini tidaklah sama dengan gerakan-gerakan tariqat yang ada di dunia sekarang ini, seperti Naqshabandiyah, Qadariyah, Khalidiyah, Satariyah, Syadiliyah dan lain-lainya. Nama-nama dari kumpulan tarikat tersebut adalah dikaitkan dengan pengasas kumpulan tariqat tersebut. Dalam hal ini umat Islam tidak diwajibkan memasuki salah satu dari kumpulan tersebut, sebab ajaran dari kumpulan tersebut adalah merupakan pengalaman para pengasasnya untuk sampai kepada keredhaan Allah. Sedangkan pengalaman seseorang itu belum tentu sesuai dengan orang lain.
Adapun orang pertama kali mengadakan gerakan tariqat adalah seorang tokoh syiah, pengikut faham Wahdatul Wujud (bersatunya hamba dengan Tuhan) , yang bernama Al Hallaj. Dialah orang yang pertama kali mengusahakan agar amal-amal yang harus dilakukan oleh hati itu dilakukan oleh anggota badan yang zahir dalam gerakan tariqatnya untuk mengatasi kemiskinan dan kemelaratan yang melanda dunia Islam pada saat itu.
Kitab-kitab rujukan :-
Keifayatul Atqiya’Iqadhul Himam
Al Hikam
0 comments:
Post a Comment